Carian
Yemmz! Mensasarkan 200k Pengguna Untuk 2010
March 20, 2010 Aman

Ingatkah lagi anda dengan Yemmz! – laman sosial daripada Telekom Malaysia (TM). Menariknya, ianya telah pun dilancarkan secara rasmi oleh TM semalam, dan untuk tahun pertama ini, mereka menjangkakan yang mana Yemmz! akan mencapai lebih 200,000 pengguna.


Antaramuka Baru Laman Yemmz!

Malah ianya dikatakan yang mana Yemmz! telah pun mempunyai lebih 26,000 orang pengguna yang berdaftar sebelum ianya dilancarkan secara rasmi semalam. Yemmz! membawakan fungsi laman sosial yang diintegrasikan bersama dengan fungsi keusahawanan, membolehkan para pengguna mengendalikan bisnes dalam talian dengan sistem pembayaran yang diintegrasikan dengan mudah secara terus melalui web.

Yemmz membawakan kesemua fungsi laman sosial seperti biasa, termasuk tambahan fungsi membeli dan menjual produk secara terus melalui laman tersebut. Buat permulaan ini, sebanyak 4 medium pembayaran disediakan oleh Yemmz! untuk pembeli dan penjual yang berurusan melaluinya, termasuk saluran kad kredit, FPX, webcash, dan juga transaksi luar talian.

Komen