Cari @ Amanz

Ianya kini sudah empat tahun Twitter beraksi di arena internet. Twitter sebelum ini telah dibangunkan bersama oleh Evan Williams, Biz Stone dan juga Jack Dorsey pada 21 Mac 2006. Kini, Twitter telah menjadi antara laman yang paling popular di arena internet dimana semua berkongsi maklumat dalam masa-nyata.

Di Malaysia sahaja, Twitter telah memberikan sebuah impak yang besar, dimana ramai artis dan juga ahli politik menggunakannya untuk berhubung antara rakyat dan peminat mereka. Malah, sudah beberapa kali, topik terhangat di Twitter adalah sesuatu yang dimulakan oleh rakyat Malaysia.


Antara Tweet Terawal di Twitter

Melalui statistik terkini juga, ianya dikatakan Bahasa Melayu merupakan bahasa ke-empat paling popular di Twitter. Pada bulan lepas sahaja, Twitter mengumumkan yang mana mereka kini mencapai tahap dimana jumlah tweet yang dihantar oleh para pengguna mereka dalam sehari mencecah lebih daripada 50 juta tweet.

Pada masa yang sama, Twitter juga kini telah memeterai perjanjian bersama penyedia enjin carian seperti Bing dan Google dalam menyediakan hasil carian masa-nyata untuk mereka. Selain daripada itu, ianya juga diura-urakan yang mana Twitter bakal memperkenalkan platform pengiklanan mereka tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd