Cari @ Amanz

Jikalau dilihat pada sejarah, aplikasi dan perisian yang dibangunkan oleh Microsoft merupakan antara perkara yang akan bocor terlebih dahulu ke internet sebelum ianya dilepaskan secara rasmi. Yang terbaru, aplikasi windows Live Wave 4 Beta mengalami perkara yang sama.

Windows Live Wave 4 yang membawakan beberapa aplikasi seperti Messenger, Mail, Photo Gallery, Writer, Movie Maker dan sebagainya yang ditandakan dengan label beta kini mula tersebar di beberapa laman-laman torrent terkemuka. Seperti biasa, Windows Live Wave 4 membawakan pelbagai perkara baru, dan integrasi yang lebih mendalam bersama sistem operasi Windows.


Windows Live Mail Wave 4 [via]

Melalui Live Mail, Microsoft membawakan perubahan drastik dari segi antaramuka dan penggunaan, dan ianya dikatakan menyerupai apabila Live Mail Wave 3 dan juga Outlook yang digabungkan. Selain daripada itu, laman sosial juga mendapat perhatian Microsoft, apabila laman seperti YouTube dan Facebook diintegrasikan kedalam Live Writer Wave 4.


Windows Live Photo Gallery Wave 4 [via]

Pada masa yang sama, Live Photo Galler Wave 4 turut membawa peningkatan yang menarik, termasuk memperkenalkan fungsi edit gambar dan imej yang amat menarik dan mudah sekali. Mungkin ianya akan memberi cabaran kuat kepada Picasa milik Google. Selain daripada itu, Live Movie Maker Wave 4 juga turut mengintegrasikan kebolehan untuk memuat-naik video terus ke laman YouTube dan Facebook dengan mudah.


Windows Live Movie Maker Wave 4 [via]

Ianya masih lagi belum diketahui bilakah Microsoft akan melepaskan Windows Live Wave 4 ini secara rasminya, namun begitu, aplikasi-aplikasi yang terdapat padanya kelihatan amat menarik sekali buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd