Laman-laman milik Media Prima seperti TV3, NTV7, 8TV, Gua.com.my dan sebagainya, hari ini ditandakan sebagai laman yang berpotensi berbahaya untuk komputer oleh beberapa pelayar web termasuk Google Chrome dan juga Mozilla Firefox. Namun begitu, pengguna yang menggunakan Internet Explorer masih boleh melayarinya seperti biasa.
Mesej Yang Di Perlihatkan Oleh Chrome
Menurut Google, aplikasi yang berbahaya, iaitu sebanyak 26 trojan ditemui oleh robot Google dan ianya berpunca daripada domain AltMedia.my yang mana turut dihoskan oleh Media Prima pada server TV3. AltMedia merupakan laman yang digunakan oleh MediaPrima untuk menguruskan pengiklanan pada laman-laman milik mereka, dan ianya dikenalpasti yang mana kod untuk iklan tersebut yang membawakan masalah ini.
Namun begitu, mesej ini tidak diperlihatkan kepada para pengguna Internet Explorer dan hanya dapat dilihat oleh pengguna Firefox dan Chrome sahaja buat masa ini.