Microsoft Corporation, gergasi perisian terkemuka jenama Windows dan sut Office mengumumkan bahawa pihak mereka tidak lagi menyokong dan mengeluarkan kemaskini kepada versi-versi Windows terdahulu termasuk Windows Vista mulai tarikh yang diumumkan.
Beberapa edisi Microsoft Windows telahpun dihentikan sokongannya oleh pihak Microsoft seperti Windows 95, Windows 98 dan Windows ME. Kali ini, pada tahun 2010, Microsoft bakal menghentikan sokongan terhadap 4 lagi versi Windows.
Antara versi Windows yang bakal dihentikan sokongan oleh Microsoft adalah seperti berikut:
Microsoft Windows 2000 Server / Professional pada 13 Julai 2010 Microsoft Windows XP SP2 pada 13 Julai 2010
Microsoft Windows Vista SP2 pada 13 Julai 2010
Mulai tarikh yang dinyatakan diatas, semua sistem operasi tersebut tidak lagi mendapat sebarang kemaskini dan perlindungan dari Microsoft.Bagi pengguna yang masih menggunakan versi yang berkaitan, Microsoft mengalakkan mereka untuk mengemaskini dengan membeli sistem operasi terbaru iaitu Windows 7.