Pelancaran Visual Studio 2010 pada 12 April

Pelancaran Visual Studio 2010 pada 12 April

Diterbitkan pada Mac 23, 2010 oleh .

Microsoft Malaysia hari ini mengumumkan bahawa pelancaran produk dan set pengaturcaraan Visual Studio 2010 akan dilancarkan pada 12 April ini di Sunway Pyramid, Subang Jaya dimana pada tarikh yang sama aplikasi tersebut akan dilancarkan di seluruh dunia secara serentak.

Aplikasi Visual Studio 2010 yang mengandungi beberapa aplikasi pengaturcaraan seperi Visual Basic 2010, Visual Web Developer 2010 merupakan aplikasi yang digunakan dalam asas pengaturcaraan sains komputer dengan menggunakan Bahasa C atau Basic.

Perisian tersebut bakal dilancarkan pada 12 April 2010 serentak diseluruh dunia. Kepada individu korporat atau peribadi yang berminat boleh mendaftarkan diri di www.microsoft.com.my


TIPS & ULASAN