BlackBerry App World – Kini Untuk Pengguna Tempatan

BlackBerry App World – Kini Untuk Pengguna Tempatan

Diterbitkan pada Mac 23, 2010 oleh .

Pengguna BlackBerry tempatan akhirnya kini sudah boleh menggunakan BlackBerry App World yang sekian lama dinantikan. Aplikasi tersebut akan membolehkan para pengguna menambah beberapa aplikasi percuma dan berbayar sekaligus menjadikan BlackBerry masing-masing mengikut citarasa mereka tersendiri.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, aplikasi percuma yang ditawarkan kepada pengguna tempatan hanyalah seperti aplikasi Facebook, Bloomberg Mobile, Flixster, Flickr, Chum Radio dan juga WorldMate Live : Travel Lika A Pro. Aplikasi berbayar pula akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.

Sekiranya anda merupakan pengguna BlackBerry, anda hanya perlu memuat-turun dan memasang BlackBerry App World, dan seterusnya anda sudah boleh mengakses dan memuat-turun aplikasi kegemaran anda menggunakan WiFi ataupun sambungan rangkaian telefon anda.


TIPS & ULASAN