Cari @ Amanz

Semua pengguna sudah sedia maklum yang mana TM akan melancarkan HSBB pada hari Rabu ini bersama-sama dengan IPTV. Menariknya, kini mereka telah pun membuat perjanjian bersama lebih 20 penyedia kandungan untuk IPTV yang akan beroperasi menggunakan jalur lebar.

Antara yang menandatangani perjanjian adalah Arkib Negara, Bernama TV, BBC Worldwide, Star TV Group, Channel News Asia, Travel Channel International, El-Kahfi Sdn Bhd dan juga Deutsche Welle. Selain daripada itu, IPTV tersebut juga akan menawarkan saluran tempatan seperti RTM1, RTM2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, Bernama TV dn juga Hikmah.

Pada masa yang sama, TM juga bekerjasama bersama beberapa studio terkemuka di Hollywood seperti Disney-ABC, CBS, dan juga Sony Pictures untuk membawakan rancangan televisyen terkini. Pada masa yang sama, TM juga mengatakan yang mana mereka sendiri akan memperkenalkan beberapa saluran interaktif seperti Sejarah Malaysia, Bola Sepak Malaysia, Pelancongan dan juga Permainan.

IPTV kelak akan ditawarkan kepada semua pengguna HSBB secara percuma sehingga bulan Jun 2010. Dan sebagai sebahagian daripada pakej kelak, para pengguna akan dapat satu kotak khas yang menyambungkan ianya kepada televisyen dan juga PC. Untuk menggunakan IPTV, para pengguna perlulah mempunyai sambungan HSBB pada kadar 2Mbps, dan sekiranya ingin menonton video HD, para pengguna memerlukan sambungan sehingga 8MBps.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd