Sekiranya sebelum ini kita dapat melihat bagaimana dunia akan berubah dengan teknologi yang makin maju dari hari demi hari melalui video daripada Microsoft, kini, melalui iklan HSBB daripada TM, mereka cuba memperlihatkan gaya hidup digital yang bakal dibawa oleh mereka melalui produk baru mereka itu.
TM bakal melancarkan perkhidmatan tiga serangkai mereka yang baru itu esok, yang mana turut sama akan membawakan IPTV, panggilan suara dan juga internet berkelajuan tinggi pada satu harga yang bakal diumumkan esok. Sehingga kini, TM telah membelanjakan lebih kurang sebanyak RM1.9 billion dalam menyediakan prasarana untuk HSBB ini.
HSBB bakal dilancarkan esok bersama-sama dengan pengumuman Inisiatif Jalur Lebar Negara oleh Perdana Menteri, Najib Razak di Dataran Merdeka.
Kredit : MalaysianWireless