Carian
Adakah IPTV TM Bakal Guna Jenama HyppTV?
March 24, 2010 Aman

Hari ini, TM bakal melancarkan IPTV milik mereka yang mana membawakan lebih 20 saluran bersama-sama dengan HSBB. Namun begitu, halaman IPTV.TM.NET.MY masih lagi belum dikemaskini sehingga kini. Malah ianya juga dijangka yang mana IPTV mereka kelak akan turut sama menggunakan jenama HyppTV.

Buat masa ini, HyppTV menggunakan teknologi Yoonic untuk membolehkan para pengguna menikmati saluran kegemaran mereka di kaca monitor komputer dengan hanya memasang sebuah perisian tambahan. Malah, Hypp.TV juga ditawarkan pada harga kurang RM10 sebulan. Booth IPTV yang didirikan hari ini oleh TM di Dataran Merdeka juga turut sama pada masa yang sama menggunakan penjenamaan Hypp.TV.

Sehingga kini, TM masih lagi tidak mengelarkannya sebagai Hypp.TV tetapi masih menggunakan perkataan IPTV di sidang akhbar. Malah, sekiranya anda perasan, dibahagian bawah halaman IPTV.TM.NET.MY, terdapatnya sebuah kotak undian khas untuk nama yang diinginkan oleh para pengguna untuk servis IPTV daripada TM. Namun begitu, ianya tidak diketahui sudah berapa lamakah laman tersebut tidak dikemaskini oleh pihak TM.

Komen