Pengenalan Adobe CS5 Pada 12 April Ini

Pengenalan Adobe CS5 Pada 12 April Ini

Diterbitkan pada Mac 24, 2010 oleh .

Adobe kini telah mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan sebuah majlis khas untuk pengenalan aplikasi Creative Suite 5 (CS5) pada hari Isnin, 12 April kelak. Walaubagaimanapun, seperti biasa, Adobe masih merahsiakan kebanyakkan perkara yang akan mereka perlihatkan pada hari tersebut.

Sebelum ini, Adobe pernah sekali memperlihatkan sebuah video khas yang memperlihatkan beberapa perkara baru pada Adobe Photoshop CS5. Namun begitu, tiada sebarang perkara baru yang kelihatan atau bocor ke internet sejak daripada itu. Antara perkara baru pada Photoshop CS5 adalah fungsi penggunaan brush sama seperti pada Corel’s Painter, selain fungsi 3D padanya. Para pengguna Photshop CS5 juga boleh wrap imej mereka dengan mudah dengan penggunaan Puppet seperti mana terdapat di Adobe After Effects.

Pada laman rasmi pelancaran Creative Suite 5, turut diperlihatkan beberapa video khas yang memperlihatkan beberapa fungsi baru yang bakal diperkenalkan mereka. Bagi yang berminat untuk mengikuti pelancaran tersebut, boleh mendaftarkan diri mereka dan mengikutinya melalui Adobe TV kelak pada 12 April.


TIPS & ULASAN