UniFi Di Tawarkan Dalam 3 Kelajuan Berbeza

UniFi Di Tawarkan Dalam 3 Kelajuan Berbeza

Diterbitkan pada Mac 24, 2010 oleh .

Sehingga kini, masih tiada pengumuman berkenaan dengan harga bagi UniFi. Namun begitu, ianya diketahui yang mana UniFi bakal ditawarkan dalam tiga pakej, iaitu 5 Mbps, 10 Mbps dan juga 20 Mbps. Manakala, servis IPTV pula akan disambungkan pada kelajuan 8 Mbps.

Melalui UniFi kelak, ianya dijangka akan membawakan pelbagai perubahan kepada gaya hidup digital para pengguna, dimana UniFi bakal menawarkan IPTV, internet berkelajuan tinggi, dan juga panggilan suara. Buat masa ini, UniFi hanya akan ditawarkan pada 4 kawasan utama, iaitu Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan juga Bangsar.

UniFi akan diperkembangkan ke 22 kawasan lain lagi menjelang Jun 2010, dan 22 kawasan lagi menjelang Disember. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana UniFi akan disokong di lebih 48 kawasan menjelang hujung tahun ini, membolehkan lebih 750,000 premis menggunakan internet berkelajuan tinggi.

Buat masa ini, ianya dikatakan TM telah menyokong sebanyak lebih 311,000 premis, melangkaui target 300,000 premis sahaja pada awalnya.


TIPS & ULASAN