Harga TM UniFi (HSBB) Bermula Daripada RM149

Harga TM UniFi (HSBB) Bermula Daripada RM149

Diterbitkan pada Mac 25, 2010 oleh .

Semua mungkin sudah sedia maklum yang mana TM akan memperkenalkan UniFi dalam tiga bentuk pakej berbeza. Menariknya, harga HSBB daripada TM yang mana dikenali sebagai UniFi ini bermula daripada serendah RM149 untuk 5 Mbps dan ianya turut didatangkan dengan sambungan khas untuk IPTV pada kadar kelajuan 8 Mbps.


Logo UniFi [via]

Secara ringkasnya, berikut merupakan harga bagi UniFi mengikut pakej yang ditawarkan:

  • 5 Mbps – RM 149
  • 10 Mbps – RM199
  • 20 Mbps – RM249

Walaupun kadar kelajuan muat-turun adalah berbeza, kadar kelajuan muat-naik dikatakan adalah lebih kurang sama. Malah, untuk servis IPTV, mereka menyediakan sambungan jalur lebar yang didedikasikan selaju 8 Mbps sebagai tambahan untuk sebarang pakej data UniFi yang dilanggan. Melalui IPTV, para pelanggan boleh menikmati lebih 22 saluran, selain beberapa servis interaktif termasuk permainan dan informasi pelancongan.


Set-Up Box Khas Untuk IPTV [via]


TIPS & ULASAN