Kelajuan Menjadi 10% Apabila Melangkaui Penggunaan

Kelajuan Menjadi 10% Apabila Melangkaui Penggunaan

Diterbitkan pada Mac 25, 2010 oleh .

Pakej dan harga bagi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi daripada TM, UniFi seperti sedia maklum amat menarik sekali. Namun begitu, suatu perkara yang tidak disukai oleh para pengguna adalah berkenaan kawalan bandwith oleh TM untuk pakej pengguna.

Berbeza dengan pakej perniagaan yang tiada sebarang had penggunaan, pakej untuk pengguna pula dikenakan had penggunaan berdasarkan setiap pakej. Namun begitu, sekiranya para pengguna menggunakan lebih daripada itu, kelajuan internet akan dikurangkan menjadi 10% daripada kelajuan yang dilanggan.

Untuk pendaftaran UniFi ini juga, TM tidak meminta sebarang deposit, malah kos pemasangan sebanyak RM1000 juga tidak dikenakan kepada pengguna. Setiap pemasangan baru UniFi di rumah dijangka mengambil masa antara 2 hingga 8 jam. Namun begitu, ianya dikatakan yang mana perumahan seperti apartmen dan kondominium lebih mudah dipasang berbanding dengan rumah teres biasa.

Pada masa yang sama, pakej 4 Mbps Streamyx akan dikurangkan harganya menjadi RM140 serta merta.


TIPS & ULASAN