Laman video terkenal, Youtube hari ini tidak dapat dilayari akibat masalah teknikal yang berlaku di pusat data laman web Youtube.com tersebut. Laman web tersebut sehingga berita ini ditulis hanya memaparkan ralat generik Http/1.1 Service Unavailable
Masalah tersebut berlaku akibat dari kegagalan kebolehcapaian generik untuk laman web Youtube. Walaubagaimanapun, pihak Youtube sedang mengenalpasti punca sebenar ralat tersebut berlaku dan berusaha untuk mengatasinya.