Di Sebalik Nama UniFi (TM HSBB)

Di Sebalik Nama UniFi (TM HSBB)

Diterbitkan pada Mac 26, 2010 oleh .

Ramai yang mula mengatakan perkataan UniFi berkait rapat dengan slogan kerajaan 1Malaysia, selain memainkan beberapa perkara berkaitan dengan politik. Namun begitu, ianya amat berbeza sekali dengan apa yang bermaksud sebenarnya disebalik nama UniFi.

Menurut Telekom Malaysia, “Uni” membawakan maksud kesatuan atau perpaduan, dan “Fi” adalah singkatan bagi fiber optik. Dan gabungan kedua-duanya membawakan UniFi yang membawakan maksud bersatu bersama fiber optik iaitu ke arah gaya hidup digital, sekaligus menepati slogan mereka itu.

Kini, jalur lebar telah menjadi antara perkara utama dalam hidup seseorang, dimana kini penggunaan jalur lebar di seluruh negara telah meningkat kepada lebih 33.2%, dan kerajaan mensasarkan untuk mencapai lebih 50% menjelang akhir tahun ini. Harga bagi langganan jalur lebar juga dijangka akan menjadi murah tidak lama lagi, selain TM sendiri telah mengurangkan harga pakej kombo 4 Mbps mereka daripada RM160 kepada RM140.


TIPS & ULASAN