Cari @ Amanz

Menangani kadar cetak rompak adalah salah satu masalah besar Microsoft, dan kini, melalui Windows 8, Microsoft bercadang untuk membangunkan sebuah teknologi baru iaitu teknologi anti cetak-rompak, sekaligus mengelakkan sistem operasi mereka digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ianya masih lagi tidak diketahui bagaimanakah teknologi tersebut akan kelihatan. Namun begitu, apa yang kelihatan adalah, dimana Microsoft sedang mencari beberapa pekerja baru dalam membangunkan sebuah platform baru yang melindungi produk Microsoft daripada cetak-rompak.

Walaupun ianya mungkin sesuatu yang mustahil di era dunia digital kini, ianya suatu perkara yang bagus untuk terus menginovasikan teknologi sekuriti mereka, dan sekiranya ianya dapat mengurangkan kadar cetak rompak, ianya akan menghasilkan pelbagai perkara positif untuk Microsoft.

Via : Microsoft Kitchen

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd