Facebook mempertingkat ciri keselamatan

Facebook mempertingkat ciri keselamatan

Diterbitkan pada Mac 26, 2010 oleh .

Facebook yang merupakan laman web rangkaian sosial paling popular diseluruh dunia pada ketika ini menaiktaraf beberapa aspek keselamatan bagi melindungi privasi penggunanya.

Antara ciri keselamatan yang dipertingkatkan antaranya termasuklah sekatan ke laman web mampatan URL seperti http://is.gd, http://z.pe dan beberapa laman web lain.

Kesemua post atau kemaskini status Facebook yang menggunakan perkhidmatan mampatan URL seperti http://is.gd akan disekat dan mana-mana entri dinding terdahulu yang menggunakan perkhidmatan tersebut tidak akan dapat melayari laman web dan dipindahkan ke sebuah halaman seperti yang dipaparkan dalam imej diatas.

Peningkatan ciri keselamatan ini dilaksanakan bagi melindungi penggunanya dari ancaman phishing dan penipuan online. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkhidmatan mampatan URL yang masih boleh digunakan terhadap Facebook seperti http://bit.ly dan http://goo.gl.


TIPS & ULASAN