Cari @ Amanz

Selepas ramai yang membuat bantahan berkenaan dengan had penggunaan untuk UniFi, kini TM mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan mengenakan had penggunaan untuk para pengguna mereka buat masa ini, sebaliknya akan mengkaji dan memerhatikan corak penggunaan para pengguna.

Sebelum ini, TM mengenakan had penggunaan untuk pakej pengguna perumahan, dimana kelajuan akan menjadi lebih kurang 10% daripada kelajuan yang dilanggan apabila mereka melangkaui had penggunaan yang dibenarkan. Namun begitu, tiada sebarang had penggunaan dikenakan untuk para pengguna perniagaan.

Sebelum ini, TM memperkenalkan pakej jalur lebar berkelajuan tinggi untuk para pengguna perumahan dengan pakej 5 Mbps dikenakan had penggunaan 60 Gb sebulan, 10 Mbps – 90 GB sebulan dan 20 Mbps 120 GB sebulan. Namun begitu, atas desakan para pengguna dan bantahan mereka, kini TM tidak lagi mengenakan sebarang kawalan had penggunaan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd