WordCamp Malaysia Pertama Pada 22 Mei 2010

WordCamp Malaysia Pertama Pada 22 Mei 2010

Diterbitkan pada Mac 26, 2010 oleh .

Mungkin para pembaca sudah sedia ketahui yang mana tidak lama lagi, WordCamp Malaysia akan dianjurkan. Kini, ianya telah dipastikan yang mana WordCamp Malaysia akan diadakan secara rasminya pada 22 Mei 2010 kelak dan lokasi yang dikatakan adalah di MidValley Kuala Lumpur.


Halaman Utama WordCamp Malaysia

Sehingga kini, masih tiada sebarang agenda yang diperlihatkan, dan laman WordCamp.My sudah pun boleh diakses sepenuhnya. WordCamp Malaysia yang sebelum ini dalam perancangan tiga orang individu berbeza, namun begitu, kini mereka bersatu dalam membawakan WordCamp Malaysia buat julung-julung kalinya.


TIPS & ULASAN