Firefox 3.7 Mengintegrasikan Fungsi Aero Lebih Mendalam

Firefox 3.7 Mengintegrasikan Fungsi Aero Lebih Mendalam

Diterbitkan pada Mac 29, 2010 oleh .

Setelah tiga versi alpha dilepaskan sebelum ini, kini, pra-pembangunan untuk Firefox 3.7 Alpha 4 sudah pun mula kelihatan, yang mana datangnya dengan sokongan aero sepenuhnya, dimana selain daripada hanya tetingkap sahaja, kini navigasi dan menu Firefox turut menyokong ciri cermin yang terdapat pada Windows 7 dan Vista.


Antaramuka Pelayar Web Firefox 3.7 [via]

Walaupun ianya bukanlah suatu ciri yang dinantikan, namun ianya serba sedikit membawakan perubahan pada antaramuka pelayar web tersebut. Selain daripada itu, sebelum ini kita kedengaran yang mana Firefox 3.7 akan digugurkan pembangunannya dan akan terus melompat kepada Firefox 4.0, namun pembangunan Firefox 3.7 yang berterusan kelihatan seperti ianya akan dilepaskan kepada pengguna tidak lama lagi.

Sebelum ini, ianya dikatakan yang mana Firefox 3.7 versi Alpha hanyalah bertujuan untuk menguji enjin Gecko yang terbaru yang bakal diintegrasikan pada Firefox 4.0. Namun, ianya masih diragui samaada Firefox 3.7 akan dilangkaui ataupun tidak.


TIPS & ULASAN