Facebook kini dikatakan dalam proses pengenalan beberapa fungsi baru yang mana bakal merevolusikan dan mengetahui bagaimana para pengguna menggunakan internet dan sebagainya. Salah satu fungsi yang dikatakan adalah fungsi bebutang “Like” yang bakal boleh diintegrasikan pada mana-mana laman web.
Dengan membolehkan para pembangun web mengintegrasikan fungsi “Like” pada laman web mereka, membolehkan Facebook dapat mengumpul data-data berkaitan minat dan perkara-perkara yang berguna pada web, sekaligus yang menarik minat para pengguna. Sekiranya ini benar-benar berlaku dan berjaya, Facebook bakal memperolehi data yang betul-betul berguna memandangkan ianya datang daripada pengguna itu sendiri berbanding Google yang banyak bergantung kepada algoritma. Mungkin pada masa yang sama, Facebook bakal menjadi sebuah laman Digg.
Selain daripada itu, ianya juga diura-urakan yang mana Facebook bakal memperkenalkan sebuah toolbar khas sama seperti toolbar yang disajikan oleh Meebo. Melaluinya, toolbar tersebut akan diperlihatkan dibahagian bawah sesuatu laman web, dimana mereka boleh bersembang dan melakukan pelbagai perkara lain dengan mudah. Namun begitu, ianya masih lagi belum diketahui bila manakah yang Facebook bakal memperkenalkan fungsi ini.
Via : TechCrunch