Mac OS X 10.6.3 Di Lepaskan Oleh Apple

Mac OS X 10.6.3 Di Lepaskan Oleh Apple

Diterbitkan pada Mac 30, 2010 oleh .

Setelah sekian lama dinanti, akhirnya kini Apple telah melepaskan secara rasminya kemaskini kepada sistem operasi Snow Leopard mereka, iaitu Mac OS X 10.6.3 yang mana membawakan pelbagai penambah-baikkan terhadap QuickTime X serta sokongan OpenGL yang ditambah baik lagi.

Kemaskini yang bersaiz lebih 437 MB itu boleh dimuat-turun oleh kesemua pengguna Snow Leopard melalui aplikasi Software Update pada komputer masing-masing. Mac OS X 10.6.3 membawakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan USB pihak ketiga yang ditambah-baik, masalah iCal dengan Exchange server yang telah diselesaikan, sokongan cetakan dan mesin cetak yang ditambah-baik dan banyak lagi.

Sebelum ini, Apple telah melepaskan Mac OS X 10.6.2 pada bulan November yang lalu, dan pembangunan Mac OS X 10.6.3 telah dimulakan sejak daripadanya. Setelah pelbagai ujian beta, hari ini Apple membolehkan para pengguna memuat-turun dan mengemaskini sistem operasi masing-masing kepada Mac OS X 10.6.3.


TIPS & ULASAN