Celcom Promosi Perkhidmatan Pelanggan Dalam Talian

Celcom Promosi Perkhidmatan Pelanggan Dalam Talian

Diterbitkan pada Mac 30, 2010 oleh .

Kini, Celcom mengetatkan lagi had penggunaan bandwith bagi setiap pengguna, dimana setiap pengguna diberikan had penggunaan sehingga 5GB. Pada masa yang sama, mereka memperkenalkan Online Customer Service untuk membolehkan para pengguna mengawal dan melihat penggunaan internet mereka pada masa nyata.

Walaupun sebelum ini, Fair Usage Policy sudah pun diperkenalkan oleh Celcom, ianya tidak diperlihatkan setiap kali para pengguna melayari laman web menggunakan Celcom Broadband. Sebaliknya, hari ini, apabila anda melayari laman web dengan Celcom Broadband, anda akan diperlihatkan dengan sebuah halaman khas yang memperlihatkan mesej khas berkaitan dengan Fair Usage Policy dan juga Online Customer Service ini.


Mesej Yang Di Perlihatkan Celcom

Melalui Online Customer Service ini, para pengguna boleh melihat penggunaan internet mereka, membayar bil secara dalam talian, mengubah maklumat akaun, serta mendaftar kepada servis tambahan seperti auto-debit dan tele-order.


TIPS & ULASAN