Carian
Kini, Lebih 1 Juta Pengguna Twitter Malaysia
March 30, 2010 Aman

Ketika artikel ini ditulis, acara Social Media Club Kuala Lumpur sedang berjalan di Menara The Star, yang mana membincangkan mengenai penggunaan rangkaian sosial oleh kerajaan. Menariknya, ianya sedia maklum yang mana pengguna Facebook Malaysia sudah mencapai angka 5 juta, dan kini pengguna Twitter melangkaui angka satu juta.


Panel Di #SMCKL

Walaupun pengguna yang berdaftar akaun di Twitter adalah amat ramai, pengguna tempatan yang aktif di Twitter dianggarkan dilingkungan satu juta. Walaubagaimanapun ianya masih tidak diketahui sejauh manakah relevannya data yang dipersembahkan itu, memandangkan Facebook membolehkan akaun khas untuk laman web dan syarikat diuruskan secara berasingan melalui Fan Page, sebaliknya Twitter tiada sebarang fungsi sebegitu, selain mendaftarkan akaun pengguna yang berasingan.

Walaubagaimanapun, angka tersebut memperlihatkan sebuah angka yang amat besar, dan ianya kini menjadi antara laman sosial yang disertai oleh ahli politik dan juga artis dengan berinteraksi bersama yang lain dalam masa nyata selain mendapatkan respon pembaca dengan lebih jitu lagi.

Sebelum ini, ianya turut diketahui yang mana Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang paling banyak dipergunakan di Twitter, dan Twitter sendiri telah mencapai suatu tahap dimana lebih 50 juta tweet dihantar melalui laman mereka setiap hari.

Komen