Generasi iPhone Seterusnya Di Panggil iPhone HD?

Generasi iPhone Seterusnya Di Panggil iPhone HD?

Diterbitkan pada Apr 1, 2010 oleh .

Tidak lama sebelum ini kita ada mendengar beberapa berita yang mana mengatakan iPhone generasi akan datang akan membawakan kamera 5 MegaPixel dan sebagainya. Kini, beberapa ura-ura mengatakan yang mana Apple bakal memperkenalkan generasi baru iPhone mereka pada 22 Jun, yang mana dikenali sebagai iPhone HD.

Walaubagaimanapun, info awal yang berkait dengan iPhone HD yang turut dikenali sebagai iPhone 4.0 ini adalah terlalu minimum dan ianya masih sukar untuk dipercayai sepenuhnya. Beberapa laman turut mengatakan yang mana ianya akan menyokong 4G dan sebagainya. Namun begitu ianya masih sukar untuk dipercayai sepenuhnya.

Laman Daring Fireball mengatakan yang mana generasi iPhone akan datang bakal menggunakan prosessor yang dibangunkan sendiri oleh Apple, iaitu daripada keluarga A4, selain membawakan resolusi skrin seluas 960×640, sebuah kamera di bahagian hadapan dan juga kebolehan multi-tasking.

Seperti produk-produk Apple yang lain, buat masa ini ianya masih lagi belum disahkan sepenuhnya dan masih lagi menjadi tanda tanya apakah lagi fungsi baru yang bakal dibawa oleh iPhone HD atau iPhone 4.0 kelak.


TIPS & ULASAN