Pencalonan Anugerah MSC-Apicta 2010 Dibuka

Pencalonan Anugerah MSC-Apicta 2010 Dibuka

Diterbitkan pada Apr 1, 2010 oleh .

Bertemakan ‘Stimulating creativity and excellent in ICT’ , MSC Malaysia kali ini telah membuka pencalonan untuk anugerah MSC-Apicta 2010 iaitu anugerah dalam bidang teknologi maklumat yang bakal diadakan di Malaysia pada 10 Oktober 2010 ini.

Pencalonan pada tahun 2010 ini terbuka kepada sebarang projek dari pada kalangan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti, peniaga, individu usahawan IKS dan syarikat-syarikat korporat. Calon-calon yang layak berpeluang untuk menerima anugerah mengikut kategori yang dipertandingkan.

Antara kategori yang dijangka mendapat perhatian pada tahun ini termasuklah E-Pembelajaran, E-Kesihatan, Kewangan dan Penyelidikan & Pembangunan (R&D)

Pemenang di peringkat kebangsaan berpeluang untuk mara mengikut kategori yang dipertandingkan bersama-sama negara Asia Pasifik yang lain diperingkat akhir. Antaranya adalah Australia, Brunei, China, Hong Kong, India, Indonesia, South Korea, Macau, Myanmar, Pakistan, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.

Permohonan boleh dikemukan secara online dilaman web www.mscapicta.com.my sebelum 28 Mei 2010.


TIPS & ULASAN