Pengguna Komersil Perlu Berhati-hati Guna Facebook

Pengguna Komersil Perlu Berhati-hati Guna Facebook

Diterbitkan pada Apr 1, 2010 oleh .

Hampir semua syarikat komersil hari ini menggunakan Facebook sebagai platform untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Namun, kebocoran maklumat dan perubahan polisi yang terjadi baru-baru ini perlu dipandang serius oleh semua pihak.

Hal ini mendapat perhatian beberapa pihak apabila Facebook dilihat mengubah dasar privasi pada Ahad yang lalu. Perubahan ini membolehkan mana-mana laman web pra-pengesahan mencapai maklumat sulit yang terkandung dalam setiap akaun pengguna Facebook.

Antara maklumat yang diistilahkan sebagai sulit termasuklah nama, jantina, statistik dan kekerapan atas talian, ID pengguna, status perhubungan dan gambar peribadi.

Justeru itu, pengguna Facebook khususnya pengguna komesil dinasihatkan untuk berhati-hati dalam menggunakan akaun Facebook anda. Hal ini demikian kerana Facebook dilihat sebagai salah sebuah laman sosial yang sering kali mengubah dasar privasi penggunanya.

Akibat dari perubahan dasar privasinya, Facebook telah dikecam oleh pelbagai pihak melalui komen dalam sebuah blog selepas mendedahkan perubahan rasmi tersebut kepada umum.

Dalam perkembangan lain, para pengguna kini dinasihatkan untuk berhati-hati semasa log masuk melalui mana-mana laman web yang menggunakan sistem Facebook Connect kerana bimbang maklumat peribadi tersebut diakses dan dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.


TIPS & ULASAN