Microsoft Melepaskan Kemaskini Kecemasan Untuk IE

Microsoft Melepaskan Kemaskini Kecemasan Untuk IE

Diterbitkan pada Apr 1, 2010 oleh .

Microsoft hari ini telah melepaskan 10 kemaskini kecemasan untuk memperbaiki masalah kritikal pada pelayar Internet Explorer 7, termasuk masalah serangan dan eksploitasi dalam perisian IE tersebut.

Microsoft dalam Buletin Keselamatan juga turut mengumumkan untuk cuba memperbaiki masalah kritikal yang terdapat dalam IE7 termasuk satu masalah serius yang membolehkan komputer yang menggunakan IE7 dikawal secara jarak jauh dan seterusnya boleh menyebabkan komputer tersebut digunakan untuk memuat turun kandungan web berbah

Menurut Microsoft lagi, pengguna Internet Explorer 8 dan Windows 7 tidak terlibat dalam masalah tersebut. Walaubagaimanapun, kemaskini kecemasan melalui Windows Update tersebut akan dihantar kepada semua pengguna Windows 2000, Windows XP, Windows Server 2003, Windows Vista dan Windows 7.

Buletin Keselamatan tersebut turut mengumumkan kemaskini kecemasan bagi perisian bermasalah Microsoft yang lain seperti Windows Movie Maker, Microsoft Producer 2003 dan tujuh masalah serius dalam Office Excel.

Microsoft turut menasihati pengguna yang terlibat untuk menaiktaraf kepada versi perisian yang lebih baru untuk menjamin kesejahteraan dan pengalaman pengkomputeran yang lebih baik.


TIPS & ULASAN