Rawanaz sebelum ini sering dikaitkan dengan persepsi negatif, dan kini, melalui satu tweet, ianya dikatakan yang mana kini Exabytes telah mengambil alih Rawanaz secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun, semua pakej dan harga masih akan dikekalkan buat masa ini.
Sebelum ini, Rawanaz menimbulkan beberapa ketidakpuas hatian para pengguna apabila server mereka sering menghadapi masalah dan sebagainya, dan kini dengan pengambil alihan oleh pihak Exabytes, perkara ini mungkin berubah memandangkan jenama Exabytes merupakan penyedia hosting terkemuka di Malaysia.
Walaubagaimanapun, memandangkan tarikh hari ini adalah 1 April, berita ini masih lagi dikategorikan dibawah was-was. Segala data berkaitan dengan Whois untuk domain Rawanaz masih lagi belum berubah lagi. Adakah ianya sekadar April Fool ataupun sebuah berita sahih, masih menjadi tanda tanya.