Cari @ Amanz

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima saman RM 32.4 juta oleh sebuah syarikat teknologi maklumat (UiTM) tempatan akibat pelanggaran kontrak pembangunan sistem permohonan penuntut secara atas talian.

Sistem perisian komputer yang dibangunkan bermula dari satu perjanjian yang bertrikh 15 Januari 2004 tersebut dibangunkan oleh Trius Computer Sdn. Bhd. Sistem itu dibangunkan untuk memproses sistem permohonan kemasukan penuntut secara atas talian bagi pihak UiTM sehingga Ogos 2016.

Bagaimanapun Trius Computer Sdn. Bhd. mendakwa, pada 7 Mac lepas, UiTM didapati telah mengiklankan dalam sebuah akhbar tempatan berkaitan Permohonan Kemasukan Pelajar Baru Sesi Julai 2010 melalui alamat laman web http://www.online.uitm.edu.my dan tindakan universiti itu didakwa telah melanggar perjanjian mereka kerana alamat laman web yang diiklankan bukanlah seperti yang dikendalikan oleh Trius Computer Sdn. Bhd. iaitu http://www.uitmonline.edu.my.

uitm

Trius Computer mendakwa tindakan UiTM mengiklankan alamat laman web yang lain selain daripada apa yang dijalankan oleh pihak mereka secara tersiratnya menunjukkan bahawa universiti itu telah menamatkan perjanjian mereka

Oleh sebab itu, syarikat tersebut mendakwa menanggung kerugian kira-kira RM32.4 juta kerana pelanggaran kontrak oleh UiTM dan senterusnya memfailkan saman terhadap universiti itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman Tetuan Hazura Yusoff & Partners.

[via]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd