Intel melancarkan pemproses Xeon 7500

Intel melancarkan pemproses Xeon 7500

Diterbitkan pada Apr 1, 2010 oleh .

Intel Corporation telah mengumumkan pelancaran unit pemprosesan pusat (CPU) untuk kegunaaan komputer pelayan terbarunya iaitu Xeon 7500 yang mana mengandungi 8 teras dalam setiap unit cip.

Berasaskan teknologi dwi-teras seperti Nehalem, siri Xeon 7500 membawa kelainan yang lebih besar apabila kebolehupayaan sehingga 8 teras dalam setiap unit cip CPU. Bersama-sama dengan ciri HyperThreading, ini akan membolehkan keseluruhan 16 pemproses logikal beroperasi dengan serentak.

Menurut Intel, kualiti Intel Xeon 7500 meningkat sehingga tiga kali ganda berbanding pemproses terdahulu. Selain itu, Intel Xeon 7500 merupakan CPU pertama yang berfungsi menggunakan teknologi Machine Check Architecture Recovery (MCAR).

Intel Xeon 7500 didatangkan dalam beberapa versi antaranya quad-, six-, dan eight-core serta yang mana setiap teras mempunyai frekuensi 2.66Ghz, 24MB memori Intel Smart Cache dan kebolehan Intel Turbo Boost.

Dalam perkembangan lain, syarikat-syarikat seperti Dell, Fujitsu, NEC, HP dan IBM mengumumkan mereka bakal menglancarkan sistem pelayan berasaskan Intel Xeon 7500 beberapa bulan dari sekarang.


TIPS & ULASAN