Antaramuka Internet Explorer 9 Lebih Minimalis Dari IE8

Antaramuka Internet Explorer 9 Lebih Minimalis Dari IE8

Diterbitkan pada Apr 2, 2010 oleh .

Selepas IE9 versi pembangunan dipertontonkan kepada umum sebelum ini pada MIX2010, kini beberapa antaramuka pelayar web Internet Explorer 9 mula kelihatan di alam maya ini, yang mana rekabentuknya yang menyerupai sedikit seperti Windows Phone 7 dan juga Zune HD.


Fungsi Cache Melalui Bing [via]

Menariknya, beberapa fungsi baru juga mula kelihatan melaluinya, dimana butang Back yang diletakkan dipenghujung kiri pelayar web, dan untuk melihat alamat laman web, para pengguna hanya perlu klik pada Title Bar, dan sebagainya. Pada masa yang sama, ia juga mengintegrasikan teknologi cache daripada Bing, membolehkan para pengguna mengakses sesuatu laman web sekiranya terdapat sebarang masalah pada server dan sebagainya.


Antaramuka Internet Explorer 9 Yang Minimalis [via]

Jadi, apakah pendapat anda mengenai rekabentuk Internet Explorer 9 ini?


TIPS & ULASAN