Cari @ Amanz

Selain daripada Yemmz yang dilancarkan Telekom Malaysia, Maxis juga turut sama dalam proses membangunkan laman sosial mereka yang tersendiri, yang mana dipanggil sebagai Maxis Connect. Menariknya konsep Maxis Connect adalah dimana ianya menjadi pusat sehenti bagi kesemua laman sosial yang terdapat di internet.

Melalui Maxis Connect, anda boleh sentiasa mengikuti perkembangan rakan anda melalui telefon bimbit dan sebagainya dengan mudah, samaada melalui web, wap ataupun SMS. Anda juga boleh mengemaskini status semasa anda pada Facebook dan Friendster secara terus melalui SMS.

Buat masa ini, Maxis Connect menyokong Friendster, Facebook dan Flickr, dan ianya dikatakan yang mana ianya bakal menyokong lebih banyak laman sosial lagi dalam masa akan datang. Pada masa yang sama, Maxis Connect juga menawarkan khidmat membuat salinan simpanan untuk buku alamat anda.

Via : MalaysianWireless

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd