Office 2010 Akan Di Lancarkan Pada 12 Mei

Office 2010 Akan Di Lancarkan Pada 12 Mei

Diterbitkan pada Apr 3, 2010 oleh .

Setelah sekian lama dinantikan, kini ianya secara rasmi telah diketahui yang mana Microsoft akan melancarkan aplikasi pejabat mereka yang terkini iaiatu Office 2010 dan juga Sharepoint pada 12 Mei 2010 secara rasminya dan turut boleh diikuti melalui web secara rasmi.

Ianya dikatakan yang mana 12 Mei kelak, hanya pengguna perniagaan sahaja akan mendapat akses untuk membeli dan menggunakannya, dan pengguna peribadi boleh berbuat demikian sebulan selepas itu. Melalui Office 2010, Microsoft membolehkan dokumen dilihat dan berkolaborasi bersama yang lain melalui PC, telefon bimbit dan juga pelayar web.

Bagi para pengguna yang ingin mencubanya, anda boleh memuat-turun versi beta untuk Office 2010 yang diberikan secara percuma oleh Microsoft sejak lama sebelum ini. Buat masa ini, ianya diura-urakan yang mana Office 2010 sudah pun mencapai tahap RC, dan akan mencapai tahap RTM menjelang hujung bulan ini.


TIPS & ULASAN