WordPress 3.0 Beta 1 Sedia Di Uji

WordPress 3.0 Beta 1 Sedia Di Uji

Diterbitkan pada Apr 3, 2010 oleh .

WordPress sering membawakan pelbagai fungsi baru melalui platform blog mereka, dan sebelum ini, kita sudah pun serba sedikit melihat fungsi baru pada WordPress 3.0 yang bakal dilepaskan kelak. Bagi yang tidak sabar, kini anda sudah boleh mencuba WordPress 3.0 Beta 1.

Ianya masih lagi dalam bentuk beta awal, dan banyak lagi perkara yang belum siap sepenuhnya lagi. Tujuan utama versi beta ini dikeluarkan oleh pihak pembangun WordPress adalah dimana mereka inginkan para pengguna membiasakan diri dengan tema baru, TwentyTen, serta bermain-main dengan fungsi Custom Post Type yang serba baru. Selain daripada itu, pengguna WordPress MU juga boleh mencuba fungsi pelbagai laman dengan mudah.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun WordPress 3.0 Beta 1 ini dan mencubanya di localhost anda.


TIPS & ULASAN