Cari @ Amanz

Salah satu fungsi yang amat dinantikan pada Firefox adalah kebolehan untuk mengendalikan proses plugin tambahan dan pihak ketiga secara proses berasingan daripada proses utama pelayar web, dan ianya dijangka yang mana fungsi tersebut akan tiba pada Firefox tidak lama lagi.

Melalui kebolehan tersebut, ianya bakal membolehkan plugin pihak ketiga seperti Adobe Flash dan sebagainya dijalankan secara proses berasingan, dan bakal mengurangkan kadar pelayr web berhenti berfungsi ketika digunakan, dan sekiranya plugin tersebut menghadapi sebarang masalah, ianya tidak memberi kesan secara langsung kepada pelayar web seperti sekarang ini.

Fungsi tersebut sudah pun terdapat pada Chrome, namun ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan mengikut objektif dan sasaran pihak Mozilla, mereka berharap untuk membolehkan para pengguna menguji fungsi tersebut pada suku kedua tahun ini, iaitu sebelum bulan Jun 2010.

Pada masa yang sama, Mozilla juga sedang giat membangunkan kebolehan sokongan Direct2D, dimana ianya membolehkan para pengguna Windows menggunakan fungsi kad grafik mereka untuk membawakan tahap pelayaran web mereka pada tahap seterusnya. Pembangun Chrome sebelum ini telah memperlihatkan kebolehan pelayar web mereka memainkan permainan Quake 2 secara terus melalui pelayar web mereka melalui kebolehan implementasi Direct3D melalui WebGL.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd