Selain Google, kini Facebook yang kian meningkat popularitinya turut mengikuti jejak seperti Google dengan membeli beberapa syarikat dan mengintegrasikan dengan produk utama mereka. Terkini, Facebook telah memiliki DivvyShot, iaitu salah satu laman perkongsian gambar dengan fungsi yang agak unik.
Divvyshot Kini Menutup Pendaftaran Baru
Divvyshot merupakan salah satu servis dimana ianya memfokuskan kepada perkongsian gambar secara berkumpulan dan bukannya gambar peribadi, dimana ianya membolehkan perkongsian gambar secara berkumpulan lebih mudah. Salah satu fungsi menariknya adalah dimana ianya membolehkan pada pengguna memuat-turun keseluruhan album sebagai satu fail dengan mudah.
Divvyshot akan ditutup sepenuhnya dalam tempoh 6 minggu lagi, dan tiga orang pembangunnya kini bekerja secara terus dengan Facebook, sama seperti yang berlaku pada Octazen. Mungkin tidak lama lagi, kita boleh melihat sesuatu yang baru pada Facebook Photos. Sama-sama kita nantikannya.