Yahoo! Dalam Perancangan Untuk Membeli FourSquare

Yahoo! Dalam Perancangan Untuk Membeli FourSquare

Diterbitkan pada Apr 7, 2010 oleh .

Beberapa ura-ura mula timbul hari ini mengatakan yang mana Yahoo! dalam perancangan untuk membeli laman sosial berasaskan geolokasi, FourSquare. Buat masa ini, sedia diketahui yang mana FourSquare merupakan antara laman popular dalam geolokasi, namun menjadi tanda pertanyaan mengapakah Yahoo! ingin membeli syarikat tersebut.

Buat masa ini, ianya dikatakan Yahoo! dalam fasa membuat keputusan untuk membeli FourSquare pada nilai hampir $100 juta. Sebelum ini, Yahoo! pernah membeli beberapa laman yang lain, namun ianya berakhir dengan kesudahan yang tidak begitu baik, apabila mereka tidak mengintegrasikannya dengan baik pada laman mereka.

Antara laman yang dibeli oleh Yahoo! yang masih berfungsi lagi dengan seadanya sehingga kini adalah Flickr dan juga Del.icio.us. Adakah FourSquare turut akan menjadi milik Yahoo!? Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN