Versi Pembangunan Windows 7 SP1 Mula Tersebar

Versi Pembangunan Windows 7 SP1 Mula Tersebar

Diterbitkan pada Apr 7, 2010 oleh .

Mungkin semua sudah sedia ketahui yang mana Microsoft sedang giat membangunkan Windows 7 Service Pack 1 yang dijangka akan dilepaskan pada suku tahun ketiga ini. Menariknya, kini versi pembangunan Windows 7 SP1 mula kelihatan di internet.


Windows 7 SP1 [via]

Sebelum ini, Microsoft sudah sedia maklumkan yang mana Windows 7 SP1 tidak akan membawakan sebarang perkara baru, selain daripada menjadi koleksi kemaskini sekuriti yang pernah dilepaskan sebelum ini, dengan beberapa tambahan yang lain. Walaubagaimanapun, kini, Windows 7 SP1 versi pembangunan mula tersebar di beberapa laman torrent.

Melalui angka pembangunan mereka, 6.1.7601.16537.amd64fre.win7.100327-0053 ianya memperlihatkan yang mana ianya telah dihimpunkan pada 27 Mac 2010. Buat masa ini, masih tiada sebarang informasi rasmi daripada pihak Microsoft berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN