Google Mengintegrasikan Fungsi Kod QR Pada Goo.gl

Google Mengintegrasikan Fungsi Kod QR Pada Goo.gl

Diterbitkan pada Apr 8, 2010 oleh .

Selepas Facebook mula mengintegrasikan fungsi kod QR, kini Google melakukan perkara sama, iaitu mengintegrasikan fungsi kod QR pada peringkas URL milik mereka, iaitu Goo.gl yang diperkenalkan oleh Google sebelum ini. Mungkin ini menandakan yang mana kod QR akan digunakan dengan lebih meluas selepas ini.

Buat masa ini, kod QR digunakan secara meluas hanya di negara Jepun sahaja, namun begitu, ianya kini turut mula digunakan oleh Google. Ianya dikatakan yang mana kod QR adalah salah satu cara efektif untuk Google membuat pautan antara aplikasi pada Android Market, dan Google dikatakan telah menghantar kod QR kepada kebanyakkan perniagaan tempatan di US.

Untuk menggunakan fungsi ini, anda hanya perlu menambah .qr pada penghujung pautan Goo.gl yang mana boleh dijana melalui beberapa medium. Sebagai contoh, sekiranya kod ringkas Goo.gl anda adalah http://goo.gl/V18r maka dengan menukarnya menjadi http://goo.gl/V18r.qr anda sudah boleh melihatnya dalam bentuk kod QR. Menarik bukan?

Kredit : TechCrunch


TIPS & ULASAN