Cari @ Amanz

Umum sedia maklum yang mana Google mempunyai servis suara atas talian mereka sendiri yang dipanggil Google Voice. Namun, ianya hanya dibuka buat pengguna US sahaja buat masa ini. Walaubagaimanapun, kini, mereka gerak setapak kehadapan lagi dimana mereka bakal memperkenalkan aplikasi desktop untuk Google Voice.

Sama seperti Skype, Google Voice membolehkan para pengguna membuat panggilan suara dengan menggunakan talian internet sahaja, secara percuma. Sebelum ini, Google Voice hanya diperkenalkan sebagai aplikasi untuk telefon bimbit sahaja, dan kini ianya dikatakan yang mana Google sedang menguji secara dalaman aplikasi desktop Google Voice.

Sebelum ini, Google telah membeli syarikat Gizmo5, dan kini mereka menggunakan sepenuhnya teknologi Gizmo5 dengan mengintegrasikannya bersama Google Voice. Namun begitu, ianya masih tidak diketahui bilakah Google Voice untuk desktop ini akan dilancarkan secara rasmi. Mungkin ianya diintegrasikan bersama aplikasi Google Talk, dan mungkin akan dilancarkan secara berasingan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd