Cari @ Amanz

Selain daripada laman sosial sendiri – Yemmz!, TM juga turut memperkenalkan laman agregator untuk segala laman sosial di internet, melalui iTalk WHOA. Laman yang baru dilancarkan oleh TM ini membolehkan para pengguna sentiasa berkomunikasi dengan rakan-rakan dengan mudah.

Melalui iTalk WHOA! anda boleh sentiasa berhubung dengan rakan-rakan anda dengan panggilan internet percuma, selain boleh menghantar emel dan semak status semasa rakan-rakan anda di Facebook dan Twitter. Ini semua boleh dilakukan oleh anda dengan mudah tanpa perlu log masuk ke pelbagai laman web, tetapi secara terus melalui iTalk WHOA!.

Sama seperti Skype dan Google Voice, iTalk WHOA! membolehkan para pengguna membuat panggilan percuma antara PC dan juga panggilan keluar pada kadar yang amat murah serendah 18 sen seminit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd