Firefox 3.6.4 Membawakan Fungsi Multi-Proses

Firefox 3.6.4 Membawakan Fungsi Multi-Proses

Diterbitkan pada Apr 9, 2010 oleh .

Seperti yang dikatakan sebelum ini, fungsi untuk mengendalikan plugin tambahan melalui proses berlainan akan tiba di Firefox secara rasminya pada 4 Mei 2010 melalui pelayar web Firefox 3.6.4 dengan nama kod Lorentz. Ini sekaligus membolehkan pengguna Mozilla menggunakan fungsi seperti terdapat pada pelayar web Chrome.

Melalui fungsi tersebut, plugin tambahan seperti Adobe Flash, Silverlight dan sebagainya akan dikendalikan secara berasingan melalui proses mereka tersendiri, mengasingkannya daripada proses utama pelayar web. Ini juga bakal membolehkan kurangnya masalah pelayar web tidak berfungsi disebabkan plugin pihak ketiga.

Sebelum ini, jarang sekali Mozilla menyertakan fungsi baru pada kemaskini yang kecil, selain mengutamakan sepenuhnya pada masalah sekuriti dan pelayar web, tetapi, kini ianya sudah berubah apabila kini Mozilla mula memperkenalkan beberapa fungsi baru melalui kemaskini minor.


TIPS & ULASAN