Carian
Kelajuan Menjadi Faktor Kedudukan di Google
April 10, 2010 Aman

Sebelum ini, kedengaran berita mengatakan yang mana Google akan mengambil kira faktor kelajuan dalam menentukan kedudukan sesuatu laman web dalam enjin carian mereja, dan kini, faktor tersebut telah pun diintegrasikan pada algoritma enjin carian mereka.

Google semestinya dikenali ke atas kelajuan, dimana laman mereka sendiri menggunakan konsep minimalis untuk memastikan para pengguna boleh melayarinya dengan pantas. Melalui kajian yang dilakukan oleh Google, para pengguna lebih berminat untuk melayari laman web yang pantas berbanding laman web yang lembap. Oleh kerana itu, kini, faktor kelajuan turut diambil kira dalam menentukan kedudukan sesuatu laman pada hasil carian.

Sekiranya anda merupakan pembangun laman web, anda boleh mencuba dan menguji prestasi laman web anda dengan menggunakan Google Webmaster Tools dan memilih Labs, dan seterusnya Site Performance, dimana kelajuan laman web anda akan diperlihatkan kepada anda.

Komen