Aplikasi Rasmi Twitter Untuk iPhone Di Perkenalkan

Aplikasi Rasmi Twitter Untuk iPhone Di Perkenalkan

Diterbitkan pada Apr 11, 2010 oleh .

Selepas melancarkan aplikasi rasmi Twitter untuk BlackBerry, hari ini, Twitter telah membeli Tweetie, salah satu aplikasi yang paling banyak digunakan di iPhone, dan menjenamakannya semula sebagai Twitter For iPhone dan edarkannya secara percuma.

Pada masa yang sama, Twitter juga mengumumkan yang mana mereka sedang dalam proses pembangunan Twitter untuk iPad dan mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat. Pengguna mudah-alih merupakan antara penyumbang terbesar kepada Twitter dan dengan menjaga mereka dengan lebih baik, mungkin lebih ramai akan gemar menggunakan Twitter.

Mungkin selepas ini, lebih banyak aplikasi Twitter untuk beberapa gajet mudah-alih turut akan diperkenalkan oleh Twitter, dimana mereka sendiri telah mempunyai blog Twitter Mobile yang serba baru.


TIPS & ULASAN