Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan, hari ini Microsoft telah melancarkan secara rasminya Microsoft Visual Studio 2010, yang mana di Malaysia, ianya dilancarkan di Sunway pada hari ini, dan esok di Pulau Pinang. Pada masa yang sama, .NET Framework 4 juga dilancarkan bersama.

Melalui Visual Studio 2010, kini Microsoft membawakan fungsi sokongan lebih daripada satu monitor yang dinantikan, sokongan penuh Windows 7, dimana membolehkan pembangunan aplikasi menggunakan antaramuka Ribbon, kebolehan sokongan multitouch, dan juga sokongan Windows Phone 7, membolehkan pembangunan aplikasi untuk platform mudah alih.

Pada masa yang sama, ianya juga dikatakan yang mana Microsoft bakal melepaskan Silverlight 4 pada minggu ini, yang mana membawakan pelbagai sokongan baru, dan penambah-baikkan kepada sokongan berdasarkan Silverlight. Bagi pengguna yang ingin mendapatkan Visual Studio 2010 dan juga .NET Framework 4, anda boleh melayari laman rasmi mereka dan cubanya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd