Cari @ Amanz

Sebelum ini, ianya sedia diketahui yang mana Microsoft merancang untuk memperkenalkan suatu perkara yang baru kepada pengguna pada 12 Mei. Dan menariknya, seperti yang diura-urakan pada awal, ianya merupakan pengumuman Windows Phone, iaitu Microsoft Kin One dan juga Kin Two.


Microsoft Kin One

Kin One merupakan sebuah telefon pintar empat segi sama dengan paparan QVGA, serta membawakan kamera 5-megapixel seperti iPhone generasi akan datang. Menariknya, ia datang dengan ruangan storan terbina sehingga 4GB, serta papan kekunci QWERTY.


Microsoft Kin Two

Selain daripada itu, Microsoft juga turut memperkenalkan Kin Two, iaitu telefon pintar dengan paparan HVGA dan juga papan kekunci QWERTY seperti telefon pintar yang lain. Menariknya, ia membawakan kamera 8-Megapixel dan juga ruangan storan terbina sebesar 8GB.


Kamera Berkualiti Pada Kin

Sama seperti telefon pintar yang lain, Kin One dan Kin Two membawakan sokongan WiFi, Bluetooth, 3G dan sebagainya. Selain daripada itu, telefon anda juga disync secara terus dengan ruangan storan dalam talian, membolehkan anda mengakses secara terus melalui telefon bimbit. Selain itu, ia juga menyokong penuh Zune Music dan juga Zune Video.


Kebolehan Sync Pada Komputer

Buat masa ini, masih tiada sebarang berita berkaitan yang mana bila mana ianya akan boleh didapati di Malaysia. Namn begitu, di luar negara, para pengguna boleh mendapatkannya melalui Verizon mulai bulan Mei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd