Cari @ Amanz

Setelah sekian lama dinantikan, Adobe akhirnya telah pun melepaskan aplikasi Creative Suite 5 atau yang mana lebih dikenali sebagai Adobe CS5 yang mana membawakan kemaskini kepada lebih 14 perisian mereka, serta membawakan aplikasi baru, Adobe Flash Catalyst.

Adobe Creative Suite 5 membawakan pelbagai sokongan baru, dimana ianya telah direkabentuk untuk menyokong pembangunan aplikasi untuk plaform Adobe AIR 2 dan juga Adobe Flash Player 10.1. Melalui Adobe CS5, Adobe membawakan lebih 250 fungsi baru padanya.

Para pengguna yang berminat boleh mendapatkan kesemua produk secara sekaligus, ataupun membelinya secara berasingan. Ianya didatangkan dalam lima versi berlainan iaitu, Master Collection, Design Premium, Design Standard, Web Premium dan juga Production Premium yang mana masing-masing berharga antara $1299 hingga $2599.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd