Sebelum ini, ianya pernah diura-urakan yang mana Twitter akan melancarkan platform pengiklanan mereka sendiri, dan menariknya, hari ini, secara rasminya Twitter memperkenalkan platform pengiklanan mereka yang tersendiri yang dipanggil Promoted Tweets.
Buat masa ini, sistem pengiklanan Twitter memperlihatkan iklan berdasarkan kata kunci carian yang dibuat pada Twitter. Sama seperti pada Google, iklan melalui Promoted Tweets akan diperlihatkan pada bahagian paling atas di keputusan carian. Iklan juga akan ditandakan dengan teks khas yang membezakannya daripada tweet yang lain.
Contoh Iklan Sponsored Tweets [via]
Menariknya, berbeza dengan Google, hanya satu iklan sahaja akan diperlihatkan pada sesuatu masa, dan buat masa ini, beberapa syarikat yang menggunakan platform Promoted Tweets adalah Best Buy, Starbucks, Virgin America, dan juga Bravo. Buat masa ini, iklan yang diperlihatkan adalah berasaskan CPM, dan mungkin pelbagai jenis iklan yang lain akan diintegrasikan dari masa ke semasa.
Jadi, adakah ianya akan memberi kesan secara langsung kepada penyedia iklan Twitter sedia ada seperti ChurpChurp dan sebagainya?